Penang2030 Festival kini kembali lagi!
Festival tahun ini yang bertemakan PENANG2030 FESTIVAL X HARI WARISAN SEBERANG PERAI 2025 akan berlangsung pada hari Sabtu, 12 Julai 2025, dari jam 2 petang hingga 8 malam bertempat di Kampung Agong, Seberang Perai Utara.

Buat pertama kalinya, Penang2030 Festival dibawa ke kawasan Seberang Perai dan lebih menarik lagi, kali ini merupakan gabungan dua sambutan utama, iaitu Penang2030 Festival dan Hari Warisan Seberang Perai 2025 dan dijangkakan kehadiran lebih daripada 5,000 pengunjung dapat direkodkan pada tahun ini.

Festival ini merupakan hasil anjuran bersama Unit Penang2030 Pejabat Ketua Menteri, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Tech Dome Penang dan Penang Green Council (PGC) dan penganjurannya sejajar dengan visi negeri pintar dan hijau berteraskan keluarga, menampilkan pelbagai pameran teknologi, inisiatif hijau, bengkel STEM serta aktiviti-aktiviti yang menarik.

Selain itu, bagi menyerlahkan sambutan Hari Warisan, terdapat banyak aktiviti yang menonjolkan unsur warisan seperti pertandingan pakaian tradisional kanak-kanak, bengkel pembuatan makanan tradisional, bengkel batik, persembahan silat dan wayang kulit dan sebagainya.

Program ini turut menjadi wadah untuk menyemarakkan semula semangat kekitaan dan memupuk nilai kebersamaan. Sebagai simbol perpaduan masyarakat, satu kenduri rakyat turut akan dianjurkan sempena program ini.

Datanglah beramai-ramai untuk menyertai dan memeriahkan PENANG2030 FESTIVAL X HARI WARISAN SEBERANG PERAI 2025. Ambil peluang ini untuk belajar, berinovasi, dan berkongsi idea mengenai masa depan Pulau Pinang yang lebih hijau dan pintar.
Acara Akan Datang
COPYRIGHT © 2024 PENANG INSTITUTE. WEBSITE MANAGED BY INNOVMETA SOLUTION. ALL RIGHTS RESERVED.